Suamimu
hanyalah lelaki akhir zaman yang mempunyai cita-cita untuk membina
keturunan yang soleh. Perkahwinan mengajarkan kita kewajiban bersama.
Sekiranya suami adalah nahkoda kapal, kamu adalah
navigatornya.Sekiranya suami menjadi rumah,kamulah adalah
penghuninya.Sekiranya suami sebagai guru,kamu adalah muridnya.
Ketika suami lupa..bersabarlah kamu memperingatkannya..
Isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang mempunyai cita-cita untuk
menjadi isteri yang sholehah.Perkahwinan mengajarkan kita kewajiban
bersama.
Sekiranya isteri menjadi tanah, kamu adalah
penaungnya.Sekiranya isteri menjadi ladang tanaman, kamu adalah
pemagarnya.Sekiranya isteri bagaikan anak kecil,kamulah tempat
bermanjanya.
Ketika isterimu tulang yang bengkok..berhati-hatilah kamu meluruskannya:
“Hendaklah kamu menasihati para wanita dengan sebaik mungkin, kerana
sesungguhnya wanita itu dijadikan daripada tulang rusuk, sesungguhnya
bahagian yang paling bengkok pada tulang itu ialah yang di sebelah
atasnya; apabila kamu mahu meluruskannya patahlah ia, dan sekiranya kamu
membiarkannya kekallah ia dalam keadaan bengkok. Oleh itu tolonglah
kamu nasihati para wanita dengan sebaik-baiknya”(Riwayat Bukhari dan
Muslim dan Abu Hurairah)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar